Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

5 Soalan Lazim Bengkak Payu Dara dan Bagaimana Untuk Mencegahnya!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera..Moga semua pembaca sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik..

 

Sejak kebelakangan ini, saya mendapati ramai pesakit datang berjumpa saya dengan masalah bengkak payu dara. Kebanyakan mereka ini merupakan ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan sedang menyusu bayi. Sakit, demam dan bengkak yang besar pada payu dara merupakan antara masalah yang menyebabkan mereka datang untuk berjumpa dengan saya. Memang jelas kesakitan yang dialami. Nak buat pemeriksaan pun susah sebab terlalu sakit. Berikut adalah soalan lazim yang ditanya..

 

 

 

 

1. Sakit Apa Ni Doktor?

Keadaan yang dialami oleh para ibu ini dinamakan 'BREAST ABSCESS' atau nanah di dalam payu dara.

 

 

 

Breast abscess ini terbahagi kepada dua:

 

 1) Lactating Breast Abscess atau nanah yang berlaku ketika menyusu

 2) Non Lactating Breast Abscess atau nanah yang berlaku ketika TIDAK menyusu

 

Untuk Lactating Breast Abscess, kami para doktor tidak begitu risau kerana agak biasa untuk terkena nanah pada payu dara namun untuk Non Lactating Breast Abscess,kami seharusnya lebih berhati hati kerana ada kemungkinan nanah ini berpunca dari kanser payu dara. Oleh sebab itu, kebiasannya sedikit sampel tisu yang diambil ketika pembedahan akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.

 

2. Macam Mana Ia Boleh Terjadi?

Pada kebiasaannya, bengkak susu ini berlaku kerana adanya saluran susu yang tersumbat. Ini boleh berlaku sekiranya para ibu lambat mengosongkan susu ketika susu sudah banyak. Ada juga para ibu yang mengatakan bayi tidak mahu menghisap susu yang merupakan punca payu dara menjadi bengkak. Sekiranya ini berlaku, para ibu perlu menggunakan pam untuk mengosongkan susu dalam payu dara berkenaan.

 

 

 

Bakteria yang membiak dalam saluran susu yang tersumbat adalah punca berlakunya nanah pada payu dara. Bakteria ni boleh datang dari luka pada puting atau jika tiada luka, berasal dari mulut bayi yang menyusu.

 

3. Apakah Rawatan Dia Doktor?

Pertamanya, pesakit perlu dimasukkan ke dalam wad dan intravenous antibiotiks perlu diberi.

Ada dua cara untuk mengeluarkan nanah di payu dara

 

 1) Recurrent Aspiration --> menyedut keluar nanah menggunakan picagari, namun ia perlu dibuat

                                             berulang kali

 

 

 

 2) Incision & Drainage --> melakukan pembedahan dan mengeluarkan nanah. Saiz luka

                                            bergantung pada besar mana kawasan yang bernanah

 

Bagi yang menjalani pembedahan incision and drainage, luka tersebut perlu dicuci selepas pembedahan selama beberapa hari sehinggakan ia bersih. Luka yang bersih kemudian akan dijahit untuk mempercepatkan ia sembuh. Setakat ni, semua pesakit saya tak trauma dan sakit masa mencuci luka. Boleh berjumpa saya kalau tak nak sakit.. :)

 

4. Bukan Kanser ke Doktor?

Untuk memastikan ia bukan kanser, kesemua pesakit yang menjalani pembedahan, sedikit sampel tisu payu dara akan diambil untuk dihantar ke makmal bagi memastikan tiada sel sel kanser. Ini perlu dilakukan terutama sekali bagi pesakit Non Lactating Breast Abscess. 

 

5. Bolehkah Ia Berulang?

Ya.. Ada kalanya masalah nanah di payu dara ini boleh berulang. Jika saluran susu tersumbat lagi dan dijangkiti bakteria maka nanah boleh berlaku lagi.

 

Ada seorang pesakit saya mengambil ubat untuk memberhentikan susu kerana takut ia berulang. Nasihat saya, tidak perlulah sampai ke tahap itu. Kesian pada anak yang hendak menyusu. Bayi yang menyusu lebih sukar hendak jatuh sakit berbanding bayi yang diberi susu formula.

 

Pencegahan..

 

Macam mana nak elakkan saluran susu tersumbat?

 

Ada pelbagai cara yang boleh dibuat untuk mengelakkan berlakunya saluran susu tersumbat.

 

Untuk mengelakkan saluran susu tersumbat:

 

  - Kerap mengosongkan payu dara dengan menyusu bayi atau menggunakan pam

 

  - Elakkan memakai bra yang ketat atau apa=apa yang memberi tekanan pada payu dara

 

  - Dapatkan rehat yang mencukupi

 

Sekiranya anda mengalami saluran tersumbat:

 

  - Cuba mengosongkan payu dara terseebut sekerap yang boleh

 

  - Letakkan tuala suam di payu dara yang bengkak

 

  - Susukan bayi pada payu dara yang bengkak dahulu sebelum beralih ke payu dara yang tidak bengkak. Ini kerana bayi akan menghisap kuat pada permulaan menyusu.

 

 

  - Ketika menyusu, urutkan bahagian payu dara yang bengkak. Urutan hendaklah menghala ke puting. Ini hendaklah dilakukan semasa dan selepas menyusu.

 

  - Relax untuk membolehkan 'let-down reflex' bertindak

 

  - Mengambil Lecithin 

 

 

Lecithin Tu Apa Doktor?

 

 

Lecithin merupakan suatu bahan semulajadi yang asalnya ditemui di dalam telur kuning. Lecithin juga boleh dijumpai di dalam makanan lain seperti kacang tanah, hati, kacang soya dan juga susu terutama sekali susu ibu!!

 

Lecithin ini juga ditambah ke dalam makanan seperti coklat dan biskut sebagai pengemulsi. Lecithin adalah sejenis 'phospholipid' yang mempunyai sifat separa 'hydrophilic' dan separa 'hydrophobic' iaitu mempunyai affiniti separa terhadap air dan juga minyak dan lemak. Sifat ini membolehkan lecithin menjadi pengemulsi yang stabil di antara air dan minyak.

 

 

   

Bagaimana Lecithin Boleh Membantu Masalah Saluran Tersumbat

Lecithin dikatakan dapat membantu mengurangkan kelikatan susu seterusnya membantu pengaliran susu yang lebih baik. Pengambilan lecithin ketika bengkak susu dikatakan sangat membantu. Ia juga boleh diambil pada peringkat awal untuk mencegah berlakunya bengkak susu. 

 

Jika anda hendak mengelak daripada terkena bengkak payu dara, anda boleh cuba mengamalkan Lecithin Shaklee, yang diperbuat daripada Soya Non GMO..

 

 

Ramai yang telah mencuba Lecithin untuk masalah bengkak susu dan mendapat manfaat yang baik hasil penggunaanya..

 

Dapatkan Lecithin Shaklee anda dengan Klik butang di bawah:

 

 

 


Sila hubungi kami jika anda mempunyai apa-apa persoalan..InsyaAllah kami akan membantu..

 

Health is Wealth

 

Whatsap/call: 019.254.5766

 

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

© 2016 by N.A.K.