© 2016 by N.A.K.

Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

FORMULA TENTUKAN WAKTU SUBUR

May 23, 2017

Hai semua!

Seperti yang KakYa janji, KakYa nak kongsi 
dengan semua cara kita tentukan WAKTU SUBUR
kita. 

 

 

 

Khas untuk awak yang trying to conceive (TTC) 
atau yang nak rancang jarakkan kehamilan.

 

Sebelum itu, KakYa nak ingatkan, kaedah ini hanya
sesuai untuk:

 

➡️Awak yang HAID REGULAR tiap-tiap bulan

 

Ok jom kita mula.

 

✔ Mula-mula, kita kena tanda dalam kalendar rekod 
haid kita selama 6 bulan berturut-turut.

Contohnya di sini, bila start je hari pertama haid bulan ni, kita terus tanda sampai lah hari terakhir haid.

Bulan depan, kita tanda lagi.
Seterusnya sampai 6 bulan berturut.

Bila dah catat, kita buat camni

 

CONTOH:

-----------------
REKOD KITARAN HAID SELAMA 6 BULAN
-----------------

BULAN----------TEMPOH KIRAAN(HARI)
Julai--------------28
Ogos-------------32 (terpanjang)
September----29
Oktober---------26
November-----25 (terpendek)
Disember------30

 

Tempoh kiraan(hari) = 28 hari tu adalah tempoh antara hari pertama haid bulan Julai hingga hari pertama haid bulan Ogos.
Dan seterusnya.
Kita tanda yang mana tempoh paling panjang dan paling pendek.

Haa.. Faham dah kan?

 

✔ So now kita kira.

----------------
FORMULA KIRA WAKTU SUBUR.
----------------

➡️Kitaran terpendek (kita -18) = Ini adalah hari pertama subur

➡️Kitaran terpanjang (kita -11) = Ini adalah hari terakhir subur

 

So kalau ikut contoh di atas;

25 (kitaran terpendek) - 18 = 7 
32 (kitaran terpanjang) - 11 = 21

Oleh sebab itu;

 

WAKTU SUBUR ADALAH ANTARA HARI KE 7 HINGGA HARI KE 21.

Hari ke 7 adalah HARI PERTAMA WAKTU SUBUR
Hari ke 21 adalah HARI TERAKHIR WAKTU SUBUR

 

Ok, so far faham kan?

Jadinya..

Kalau awak yang TTC tu kan, boleh try ajak suami ehem-ehem pada hari-hari dalam waktu subur tu 
Pergi la bercuti ke, mana-mana lah 

 

Dan..

Kalau awak yang nak merancang jarakkan mengandung (tapi tak nak guna perancang) make sure awak ehem-ehem bila dah lepas waktu subur tau.
Kalau buat dalam waktu subur, hmmmm... KakYa tak dapek nak nolong. Hahahaha..

 

Lagi 1 kan..

Untuk awak yang TTC tu kan, make sure awak top up nutrisi secukupnya tau.
Suami dan isteri, dua-dua kena amik.

Multivitamin with zinc, bcomplex with folic acid, vit c, vit e dan GLA untuk wife.

 

 

 

 

Oklah..

Panjang pulak KakYa terang.
Harapnya bermanfaat untuk semua.

Kalau ada yang tak faham, nak mintak bantuan KakYa,
boleh direct pm la yer.

So kalau awak rasa bermanfaat,
KakYa mohon awak klik la butang share tu 

Bukan apa..
Kot-kot dengan awak share,
orang lain dapat ilmu.
Kot-kot dengan izinNya, orang tu pregnant, alhamdulillah kan? 😊

Ok..Ok..

KakYa stop dulu.

Selamat mengira waktu subur 

 

Kalau nak order set subur, bole terus klik link di bawah..

 

 

Whatsap/call: 019.2545766

 

Health is Wealth

 

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766