Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

8 TIPS UNTUK BAGI ANAK-ANAK YANG ADA ASTHMA TIDUR LEBIH LENA.

November 18, 2016

 

Pantai timur dah start musim tengkujuh.
Hujan je sepanjang hari.

Dulu masa zaman kanak-kanak, musim tengkujuh lah yang paling saya tunggu. 
Saya budak kampung, tinggal di kampung.
Musim hujan la paling syok.
Saya akan mandi hujan sekeliling kampung.
Mandi paya, tangkap ikan sekila, ikan puyu kat paya.
Paling syok panjat pokok dan terjun dalam paya. 😎

Awak macam saya tak dulu-dulu? 😅

----------------------

Musim tengkujuh ni memang best untuk kanak-kanak yang tak ada asthma, tapi memang tak best untuk diorang yang ada asthma.

 

Kenapa?

 

Sebab kebanyakannya serangan asthma kerap berlaku pada waktu terutamanya pada waktu malam di mana anak-anak yang ada asthma ini akan batuk-batuk.

Kenapa waktu malam?

 

✅ Kalau kita tahu, pada waktu malam sistem pernafasan badan kita kurang bekerja secara efektif. Dia berehat. Sebab itu lah kalau asthma tidak dikawal dengan elok, anak-anak mudah terjaga disebabkan batuk dan sesak nafas.

 

✅ Sistem pertahanan badan secara naturalnya akan menjadi slow pada waktu kita tidur. Begitu juga dengan system untuk kontrol keradangan pada salur pernafasan.

 

✅ Kanak-kanak yang asthma biasanya juga ada allergy rhinitis (resdung). Bila diorang baring, hingus dari hidung akan mengalir ke belakang tekak dan berkumpul di situ. Ini akan menyebabkan anak-anak batuk pada waktu malam.

 

Biasanya kalau parents bawak anak-anak yang ada asthma ke klinik, saya suka bagi tips di bawah untuk bagi anak-anak yang ada asthma ini tidur lena pada waktu malam.

 

 

 

------------------------------
8 CARA UNTUK BAGI ANAK-ANAK YANG ADA ASTHMA TIDUR LEBIH LENA.
------------------------------

1)
Rutin tidur yang tetap. 
Ajar diorang tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari.

 

2)
Sebelum tidur, kalau boleh mandi air suam (boleh campur hirisan lemon). Kalau tak mau mandi, boleh sapu minyak baby yang nyaman/vicks pada dada,belakang dan tapak kaki. Boleh juga guna garlic oil.

 

3)
Pakaikan stokin. Baju tidur jangan terlalu tebal/nipis.
Elakkan aircond pada musim tengkujuh ni.

 

4)
Pastikan tidur dengan tinggikan kepala. Letak 2 bantal/letakkan selimut pada bawah bantal.

 

5)
Untuk anak-anak yang dah besar, no gadgets sebelum waktu tidur.

 

6)
Mak ayah perlu tahu apa yang menyebabkan serangan asthma pada anak. Contoh asap rokok, haiwan peliharaan, karpet etc. Elakkan anak-anak terdedah pada 'triggering factors' itu.

 

7)
Jangan tinggal ubat yang diberi.
Ada pesakit asthma yang diberi inhaler pencegah.
(Yang perlu sedut pada tiap-tiap hari 2 kali sehari). Jangan tinggal tau.

 

8)
Last but not least, bagi anak-anak makanan tambahan yang membantu dalam mengurangkan keradangan salur pernafasan, mengurangkan allergi dan meningkatkan ketahanan badan.


Ramai kawan-kawan saya yang ada anak asthma, diorang bagi anak-anak diorang Vitamin C, Omega 3, Multivitamin Vitalea dan Nutriferon.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

****Disclaimer: Ini adalah nasihat/pandangan peribadi saya. Boleh nak ikhtiar. 

 

 

 

Whatsap/call: 019.254.5766

 

Health is Wealth

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

© 2016 by N.A.K.