© 2016 by N.A.K.

Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

9 Makanan Untuk Menambahkan Susu Ibu

October 11, 2016

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsi sedikit sebanyak makanan penggalak susu yang saya pernah amalkan sepanjang menyusukan ke empat-empat anak saya. 


Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tidak semua sesuai untuk diri kita. Ibu-ibu perlu rajin untuk try and error. 

Jom kita tengok satu persatu. 

🍃 Kacang Soya
Berbanding susu segar atau minuman lain, susu kacang soya ni adalah minuman terbaik untuk meningkatkan susu ibu. Paling bagus, ibu-ibu buat sendiri air soya. Macam saya, saya tak pandai nak buat. Satu lagi macam agak leceh dalam pantang ni. Jadi saya amalkan minum Energized Soy Protien yang NonGMO.

 



🍃 Barli

Air barli paling best minum musim-musim panas ni. Elok kalau masak sendiri sebab kita boleh kurangkan gula. Tapi saya beli yang dah siap dimasak, then bancuh je kalau nak minum. 



🍃 Oat

 


Boleh dibuat sebagai sarapan pagi. Nak lagi berkhasiat, ibu-ibu boleh buat overnight oat. Tambah susu segar, buahan, madu dan yogurt then simpan dalam peti ais. Esok makan. Best. Kenyang pun kenyang. 
Macam saya, saya suka tambah oat + horlicks + ESP.

 

 



🍃 Longan kering

 


Longan kering ni biasa saya beli kat pasar. Saya rebus tanpa gula then simpan dalam peti ais. Nak minum just tambahkan madu atau gula sedikit. Nak minum kosong pun ok. Boleh minum sejuk atau suam.

🍃 Kurma dan kurma merah

 


Jadikan kurma sebagai snek. Boleh juga makan bersama oat atau blend bersama ESP. Saya suka kurma Ajwa.
Kurma merah boleh dimasukkan dalam sup.

🍃 Lobak putih

 


Ini feveret saya. Saya suka masak lemak putih. Boleh juga buat acar lobak/tumis air lobak.

🍃 Jintan

 


Jintan manis dan jintan putih. Ada orang letak banyak-banyak dalam masakan. Saya kurang sikit herba-herba ni.  Tapi ibu-ibu boleh cuba.

🍃 Halba


Boleh rebus dan minum airnya. Atau tabur je dalam nasi waktu makan. Tapi perlu diingatkan kadang-kadang side effect dia boleh buat jantung ibu dan bayi berdenyut laju. So kalau jadi macam gini saya nasihatkan ibu stop. 

🍃 Betik muda

 


Ada orang makan betik sebagai ulam. Boleh juga dibuat sup. Tambah dengan kurma merah.

Senang je kan nak dapatkan makanan ni? So takda alasan susu ibu-ibu kurang tau.



NOTA PENTING 
➡ kaedah terbaik meningkatkan susu adalah pengosongan payudara yang efektif setiap hari. 
➡ Ibu-ibu perlu memahami dan mengamalkan teknik asas penyusuan yang betul
➡ Amalkan makanan seimbang yang cukup nutrisi yang badan perlukan
➡ SENTIASA POSITIF

Ok.. Selamat mencuba.

 

Whatsap/call: 019.254.5766

 

Health is Wealth

 

 

 

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766