© 2016 by N.A.K.

Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

Batu Oh Batu!!

Sejak kebelakangan ini..makin ramai pesakit yang datang ke hospital dengan masalah batu...batu di dalam pundi hempedu dan batu di buah pinggang atau pundi kencing..

 

Tapi batu yang di dalam pundi hempedu tak sama dengan batu di dalam buah pinggang..

 

Hari ini saya akan cerita sedikit berkenaan batu di pundi hempedu..Dalam entri lain saya akan terangkan berkenan batu di dalam buah pibnggang pula..

 

Kenapa batu boleh terbentuk di dalam pundi hempedu?

 

Batu yang biasa terbentuk di dalam pundi hempedu adalah 


1) bile pigment stones (warna hitam)

 


2) batu kolesterol (warna kekuningan)

 

 

 

Batu biasa terbentuk sekiranya kandungan cholesterol di dalam darah terlalu banyak...

 

Sebagai contoh, untuk mudah faham..kite ada segelas air...cuba tuangkan sesudu garam dan kacau...garam akan larut..tetapi kalau kita buat berulang kali sudah tentunya akan sampai satu tahap di mana garam tidak akan larut..begitulah keadaan cholesterol di dalam darah..

 

Ada pesakit yang mempunyai batu di dalam pundi hempedu namun tidak mempunyai apa-apa simptom (sakit perut, mata kuning) tapi batu dalam pundi hempedu tu dijumpai secara tidak sengaja..

 

Namun, bagi mereka yang mempunyai simptom, simptom yang biasa dialami adalah seperti berikut:

 

-sakit di bahagian kanan atas perut

-demam

-mata kuning

-air kencing seperti teh

-tahi berwarna pucat/ kelabu

-muntah

 

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, anda seharusnya pergi ke hospital dengan segera.

 

Rawatan...

Kalau kerap sakit, maka lebih baik buang pundi hempedu bersama sama batu di dalamnya...dengan kata lain -- PEMBEDAHAN

 

Kebiasaanya, pembedahan dilakukan dengan menggunakan kamera atau dinamakan 'laparoscopic cholecystectomy' dimana luka selepas pembedahan adalah kecil namun sekiranya pakar bedah menghadapi masalah ketika membuang pundi hempedu dengan menggunakan kamera, maka dia terpaksa membesarkan luka pada perut dan membuang pundi hempedu secara 'open technique'

 

 

 

Jadi...pastikan cholesterol dalam badan kita berada pada tahap yang terkawal...

Lakukan senaman...jaga pemakanan...dan jangan lupa mengambil vitamin harian anda..

 

Bagi mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, anda seharusnya mengambil ubat kolesterol dan melakukan ujian kolesterol bagi memastikan bacaan kolesterol anda turun. 

 

Sebagai alternatif, anda juga boleh mengambil Phytocol, bahan semulajadi untuk menurunkan kolesterol disamping Omega 3 dan Lecithin.

Untuk makluman, bacaan kolesterol saya agak tinggi dan bacaan saya turun hanya dengan mengambil ketiga-tiga supplemen di atas.

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika anda ada sebarang pertanyaan lain, anda boleh bertanya di ruangan 'Anda Tanya, Kami Jawab' dan kami akan cuba menjawab soalan anda secepat mungkin.

 

Ingin mendapatkan Set Menurunkan Kolesterol anda? Hubungi kami segera dan kami akan berikan nasihat yang terbaik untuk anda..

 

Whatsap/call: 019.254.5766

 

 

Health is Wealth

 

 

 

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766