Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

Shaklee Car Subsidy Program: Mercedes-Benz C180 Avantgarde

September 23, 2016

Assalammualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca..

 

Dulu suami saya buat review pasal kereta, jadi sekarang saya pulak akan buat simple review berkenaan test drive kereta baru yang saya berpeluang untuk pandu..

 

Sebenarnya kereta ini dipinjamkan ke saya oleh syarikat mercedes disebabkan kereta saya perlu dibaiki dan tempoh pembaikan agak lama. Patah Tumbuh Hilang Berganti.. Kereta saya masuk workshop dan Alhamdulillah pihak Mercedes ganti dengan kereta sementara. Kereta baru pulak tu..Syukur..

 

Terima kasih saya ucapkan kepada Mofaz kerana memberi pinjam kereta ini. Servis mereka sangat tip-top. Sangat berpuas hati dengan layanan mereka. Syabas dan terima kasih.

Disebabkan pihak Mofaz memberi pinjam kereta ini, mudah urusan saya nak COD vitamin, pos vitamin ke pejabat pos dan ambil anak-anak dari sekolah.

 

Jadi, kereta yang dipandu adalah Mercedes Benz C Class..Yang ni adalah C180 Avantgarde line..Model ni adalah yang paling murah dalam kategori C Class..Kereta ini adalah 1.6 litre, enjin 'four-cylinder turbocharged' yang menghasilkan 156 hp..Mana saya tau semua ni..

Saya tanya suami.. he he..

 

 -Bahagian depan kereta, lampu LED yang cantik-

 

 

 - Bahagian depan yang cantik-

 

 - Lampu LED dan twin pipe exhaust-

 

Dalaman kereta ni memang best. Kerusi semua full leather so kalau anak tertumpahkan susu takdela risau sangat. Compartment nak letak barang pun sangat banyak.

 

 -Ruangan dalaman yang eksklusif-

 

Kereta ni boleh set driving mode dia jugak..ada Comfort, Sport, Sport + dan Individual. Tapi saya bukan nak berlumba mana pun..so saya guna comfort je..Tu pun dah rasa ok..

 

 - Control di bahagian tengah untuk mengawal sistem elektronik kereta-

 

Memandu dalam C class ni sangat selesa. Bahagian duduk belakang juga agak luas plus ada aircond vents so takdela anak anak kat belakang complain tak kena aircond dan berebut rebut nak duduk kat tengah.

 

 - Bukan kereta saya tau..ni diberi pinjam saje-

 

Harga Mercedes C Class ini adalah RM228,888 (tanpa insuran)..Saya dimaklumkan doktor-doktor kerajaan dapat diskaun 6% untuk semua jenis model mercedes. Kereta jenama lain saya tak tahu..

 

Okla..setakat tu jela review kereta kali ni..Nak tahu lebih pasal kereta ni boleh pergi ke mana-mana showroom mercedes..

 

Anda minat kereta? nak hadiahkan kereta ke orang tersayang?

Shaklee ada memberi Car Bonus Incentive ke mana-mana distributor yang layak...So duit tu bole la nak buat downpayment beli kereta baru atau guna buat bayar ansuran bulanan kereta..

 

 

Nak tahu cara nak dapatkan Car Bonus Incentive ni..?

Boleh hubungi saya..

 

Whatsap/Call: 019.254.5766

FB: Nadia Abdul Kadir

 

 

Health is Wealth

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

© 2016 by N.A.K.