Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

Mengapa Saya Obses Dengan Breastfeeding..

September 21, 2016

NUR SHAFIYA HANINA SHAZLY

 

 



Kerana dia, saya menjadi ibu yang obses dengan breastfeeding.

Saya lahirkan Hanina, masa tu saya dah habis Houseman training. 
Waktu tu, saya hanya ada 1% ilmu berkaitan breastfeeding. 
Dalam kepala pikir, nanti dah beranak, automatik tahu la macam mana nak menyusu.
Tak pernah langsung amik tahu pasal breastfeeding,
pam apa nak beli, nak simpan susu macam mana, nak handle EBM macam mana. Teruk kan? 

Dan untuk pengetahuan semua, saya siap survey susu formula apa yang paling bagus untuk saya bagi kat dia. (Betapa jahilnya saya waktu tu). 

Saya lahirkan Hanina masa umur dia 37 minggu 2 hari secara emergency cser sebab Pre Eclampsia. 

Di wad, setiap kali dia menangis nak susu, saya pun menangis sama. Saya paksa Mr Hubby belikan susu formula. Jadinya masa kat wad tu merasa jugaklah Hanina minum S26. 

Mr Hubbylah orang yang banyak beri sokongan kepada saya untuk teruskan menyusu Hanina. Ke sana ke mari beliau pergi cari pam yang sesuai untuk saya. Saya menyusu sebelah, dia pam sebelah. 
Pam pertama dia beli, Pureen elektrik. Tak best langsung. Sakit.. Saya refuse nak guna. Hihi..
Dia beli lagi pam lain. Pigeon manual. Yang ni lah yang saya pakai sampailah Hanina umur 2 bulan, baru saya bertukar pada Spectra 3.

 

Pada mulanya memang susu tak banyak..Pam punyala lama tapi sikit je dapat.. Memang saya kecewa. Saya kata ke husband saya, susu tak ada kut. Dia marah pada saya..Dia kata, mana mungkin Allah bagi kita anak tapi mak tiada susu?

Bukankah Allah menurunkan rezeki sekali dengan anak yang dilahirkan?

 

Saya hanya terdiam kerana saya tahu apa yang suami saya kata itu betul.

Saya teruskan menggunakan pam. Makin hari makin banyak susu saya. 

Bila dalam pantang, Hanina ada eczema. 
Since then saya nekad tak nak dah bagi dia susu formula. 
Saya mula beli pam.
Saya mula gali ilmu pasal breastfeeding. 
Dan yihuuu.. Saya berjaya menyusukan Hanina sampai 2 tahun!


Dan sebab kakak la, adik-adik berjaya menyusu sepenuhnya selama 2 tahun.

 

Memang bukan senang..Tapi tak mustahil..

Apa yang penting adalah ada ilmu cara hendak boost susu ibu.


Now, Hanina dah 8 tahun.
Saya dah jarang sangat bermanja dengan dia. 

Walaubagaimanapun, Hanina still cinta hati pertama ibu abah. 

 

Kalau anda juga seperti saya suatu ketika dahulu, kalau anda juga pernah kata 'Susu tak ada', mari hubungi saya. Jom kita berkongsi pengalaman dan susukan anak kita sehingga cukup 2 tahun.

 

Whatsapp/call: 019.254.5766

 

 

Health is Wealth
 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

Ostematrix

Sumber Calcium Terbaik Anda

© 2016 by N.A.K.