Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

Vivix dan Strok: Personal Experience

September 4, 2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..

 

Sebagai pengenalan, nama saya Shazly bin Safian, merupakan suami kepada Dr Nadia. Saya kini bertugas di sebuah hospital kerajaan di pantai timur sebagai seorang pakar bedah. Dengan kata lain, kami suami isteri adalah doktor.

 

Saya ni orang Penang tapi dah duduk kat Terengganu ni hampir 10 tahun. Disebabkan tiada direct flight ke Penang dari Terengganu, jadi kalau saya nak balik kampung agak leceh skit la.

 

Walaupun begitu, tiada alasan untuk tidak balik dan berjumpa kedua orang tua saya.

 

2 tahun lepas, saya diuji oleh Allah s.w.t.. Ayah saya telah jatuh sakit..

Walaupun sudah 2 tahun tapi semuanya masih segar di ingatan. Ketika itu saya berada di Kuala Lumpur untuk menjalani 'training' di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat panggilan seawal 6 pagi dari ayah saya. Beliau kata rasa pening dan tak berhenti muntah. Saya pun tanya, ada salah makan ke? Dia kata rasanya tiada. Di atas telefon, jelas kedengaran yang ayah saya tidak sihat. Saya menyuruhnya pergi ke kecemasan sementara menunggu saya balik Penang.

 

Tanpa membuang masa, setelah selesai solat Subuh, saya menempah tiket penerbangan balik ke Penang. Walaupun mungkin tiada apa-apa yang serius, namun ayah saya tidak sihat. Saya merasakan sesuatu tidak kena. Kalau bukan sekarang, bila lagi saya hendak berbakti kepada dia? 

 

Setelah menjalani pemeriksaan dan imbasan kepala, ayah saya disahkan mendapat 'Cerebellar Stroke'. Beliau dimasukkan ke wad untuk permerhatian. Kesian tengok ayah. Muntahnya sudah kurang namun asyik mengadu pening. Nak tidur pun tak selesa. Bermulalah cabaran saya menjaga ayah sendiri. 

 

Sepanjang di wad selama 2 hari saya mendapati dia makin kuat merapu. Tahap kesedaran makin kurang. Waktu malam jangan kata la..asyik nak turun katil. Kalau saya tak ada, mesti dia akan terjatuh.

 

Disebabkan tahap kesedaran ayah saya makin merosot, CT scan otak dibuat sekali lagi. Hasil pemeriksaan mendapati  otak ayah saya sangat bengkak disebabkan saluran air yang keluar dari otak ke saraf tunjang tersumbat. Ayah saya memerlukan pembedahan SEGERA.

 

Untuk pengetahuan, ayah saya berumur 67 tahun dan ada macam-macam penyakit. Darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan sakit jantung. Jadi pembedahan secara kecemasan ni sangat berisiko tinggi. Tambahan ayah saya masih makan ubat cair darah untuk jantung dan juga untuk stroke yang dia baru kena. Tetapi disebabkan tiada pilihan, pembedahan di kepala perlu dilakukan, bagi menyelamatkan nyawa ayah saya.

 

Pembedahan siap pada pukul 7pm dan dia dimasukkan ke dalam neuro ICU. Kami sekeluarga walaupun kepenatan, namun tidur kurang lena. 

 

Awal pagi keesokan harinya, telefon rumah berbunyi. Panggilan dari staff nurse ICU. Dia menyuruh kami datang ke ICU tepat pukul 8am. Saya bagitahu mak, kalau nurse telefon suruh datang, kebiasaannya ada berita buruk. Walaubagaimanapun, kami tetap berdoa yang terbaik.

 

Sesampainya ke neuro ICU, saya berjumpa dengan pakar bedah neuro. Dia memberitahu ayah saya mendapat komplikasi pembedahan. Seluruh bahagian sebelah kiri otak ayah saya berdarah disebabkan pembedahan itu. Tiub yang dimasukkan ke otak ayah saya yang asalnya bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada otak, telah tersumbat disebabkan oleh pendarahan yang berlaku. 

 

                    -Yang berwarna putih sebelah kiri adalah pendarahan yang berlaku-

 

Jadi sekarang, demi menyelamatkan nyawa ayah saya, pembedahan kali kedua perlu dilakukan dengan memasukkan tiub ke otak sebelah kanan pula. Dengan kata lain, pembedahan ini 50-50. Jika pembedahan kali kedua ini menyebabkan pendarahan juga, tiada lagi harapan untuk ayah saya. Disebabkan tiada pilihan, saya pun bersetuju. Mak saya cuma mengikuti apa yang saya cadangkan. 

 

Pembedahan kedua dijalankan dan Alhamdulillah ia berjalan lancar. Syukur pada Allah..

 

Hampir sebulan ayah saya berada di hospital. Masuk keluar ICU disebabkan jangkitan kuman tapi akhirnya, beliau dibenarkan pulang.

 

Di rumah, memang ayah terbaring. Berak kencing saya dan mak perlu uruskan. Dia hanya terbaring dan tengok siling. Pergerakan tangan dan kaki sangat terbatas. Yela, duduk lama di ICU. Sedih tengok ayah. Sekelip mata saja dah tak boleh jalan. 

 

Tapi saya tidak berputus asa. Sebagaimana ayah saya memberikan yang terbaik kepada saya ketika kecil, saya juga akan cuba memberi yang terbaik buatnya.

 

Setiap hari, selama 2 minggu saya berada di rumah, saya menyuapkan sesudu kecil VIVIX. Dulu masa dia tak sakit, memang saya ada membeli dia VIVIX untuk diambil sebab VIVIX sangat bagus untuk kencing manis dan sakit jantung. Tapi yela, mak ayah kita ni memang susah nak makan benda benda macam ni. Sekarang sebab dia dah bergantung pada kita, saya paksa dia makan VIVIX

 

Minggu pertama mengambil VIVIX, saya mendapati ayah saya sudah boleh duduk dengan bantuan dan minum dari gelas. Makan masih perlu disuap. Setelah minggu kedua mengambil VIVIX, ayah saya sudah pun boleh makan sendiri menggunakan sudu. Nasi tumpah-tumpah la tapi bolehla sikit-sikit. Namun dia masih belum boleh bercakap. Berak kencing pun masih tak dapat kawal. Jalan memang tak bolehla..Nak duduk kena letak bantal kiri dan kanan sebab kalau tak memang akan senget sebelah.

 

 

 

Setelah dua minggu menjaga ayah saya, akhirnya saya perlu balik ke Kuala Terengganu untuk kembali bertugas. Berat hati nak tinggal ayah tapi kalau tak pergi kerja macam mana nak ada gaji.

Mencium tangan mak dan  ayah, saya pun pulang. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut ayah saya. Saya berpesan ke mak, jangan lupa suapkan VIVIX ke ayah setiap hari. InsyaAllah ada kebaikannya..

 

4 hari berlalu. Seperti biasa, saya sangat sibuk. Masih bertanya keadaan ayah namun mak kata tetap sama. 

 

Hari kelima, saya baru sahaja selesai membuat pembedahan dan sedang berehat, telefon saya berbunyi. Di skrin nama mak saya. Salam saya pada mak dijawab dan mak saya pun menangis.

Panik saya tanya kenapa mak? Kenapa menangis?

 

Mak saya kata...Mak saya berada di dapur sedang membasuh ikan. Tetiba terasa ada seseorang merenungnya dari belakang. Bila pusing mak saya hampir pengsan. Ayah saya sedang berdiri di sebelah kerusi meja makan dan sedang tersenyum ke arah mak saya. Takut ayah saya jaatuh, dia pergi mendapatkan ayah saya dan memimpinnya kembali ke katil di dalam bilik.

 

Ya ALLAH..Syukur padaMu Ya Allah memberi kesembuhan kepada ayah saya. Air mata saya turut mengalir berkongsi keseronokkan berita yang saya terima tadi.

 

Sejak dari hari itu, kesihatan ayah saya bertambah baik. Dari perlu berkerusi roda, sekarang dia sudah boleh berjalan sendiri. Dari tidak dapat bercakap, sekarang sudah bercakap seperti biasa.

             -Bawa ayah makan-makan..masih perlu guna kerusi roda, cakap sikit-sikit je-

 

Sembuh tu dari Allah namun kita perlu berusaha dan berikhtiar mencari penyembuhnya. 

 

Ini pengalaman saya sendiri. Dengan ayah saya sendiri. Saya yakin dengan VIVIX kerana terlalu banyak kajian yang dilakukan mengatakan kebaikan VIVIX ini. Saya seorang doktor, saya perlukan bukti sains bukan testimoni semata-mata. 

 

                  - Ayah dengan baby aisya, boleh berjalan sendiri dan buat sembang-

 

Kini saya sekeluarga semua mengamalkan supplemen Shaklee. Mereka yang skeptikal dengan supplemen, biarkan mereka. Saya tahu dan saya yakin dengan kebaikan dan keberkesanan mengambil supplemen Shaklee.

 

Bagi mereka yang mempunyai ayah yang menghidap stroke, kencing manis atau apa-apa penyakit yang kronik, berikhtiarlah dengan VIVIX. InsyaAllah, anda dan keluarga anda turut merasa kebaikannya dengan izin Allah

 

 

 

Anda hendak dapatkan supplemen Shaklee?

 

Boleh order dengan kami. Kami akan memberi nasihat terbaik untuk anda..

 

Whatsap/call: 019.254.5766

Fb: Nadia Abdul Kadir

 

 

Health is Wealth

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

Ostematrix

Sumber Calcium Terbaik Anda

© 2016 by N.A.K.