© 2016 by N.A.K.

Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

Cuti -Cuti Bandung Bersama Anak Kecil: Kopi Luwak Cikole

August 26, 2016

Assalammualaikum  dan salam sejahtera.

 

Siapa di sini yang suka melancong? Saya rasa mesti semua yang suka kan? Antara benda yang best masa melancong adalah mencuba makanan tempatan. Bagi mereka yang ada anak-anak kecil, sudah tentu nak pergi ke tempat yang boleh menghiburkan anak-anak juga kan? Kalau pergi ke tempat yang tiada daya tarikan kepada mereka, akibatnya mesti ada yang menangis nak balik atau buat perangai...

 

Dalam blog percutian kali ini, saya akan menceritakan antara tempat-tempat yang menarik di Bandung yang sesuai untuk dilawati dengan anak-anak kecil. Saya juga akan menceritakan tempat penginapan yang sesuai dan selesa untuk bermalam dengan harga yang berpatutan.

 

Pada lawatan saya ke Bandung bersama keluarga baru-baru ini, saya telah bercadang untuk menghabiskan masa di kawasan Lembang. Cikole terletak di kawasan Lembang, sejauh 19.6km dari bandar Bandung dan mengambil masa hampir sejam untuk sampai ke sana. Harus diingat jalan di Bandung sesak dengan kenderaan. Tambahan, jalan ke Lembang menaiki bukit. Saya menyewa sebuah van untuk ke Cikole di mana pemandu van itu juga merangkap sebagai pemandu pelancong saya (tiada bayaran tambahan dikenakan). Anda dinasihatkan untuk bertolak awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Kami bertolak dari hotel pada pukul 8.30 pagi setelah siap bersarapan.

 

KOPI LUWAK

 

'Luwak' bermaksud Musang dalam Bahasa Indonesia. Jadi Kopi Luwak adalah Kopi Musang.. Jadi apa kena mengena musang dan kopi?

 

Haa...Kenapa ia dipanggil Kopi Luwak adalah kerana biji-biji kopi ini diambil dari NAJIS musang yang memakan biji-biji kopi tersebut.. 

 

Jangan risau..Tiada salah minum Kopi Luwak dari segi hukum. Status Halal sudah pun tersedia di salah satu dinding kedai berkenaan.

                                           -Sijil Halal yang tertampal di dinding-

 

Sebenarnya, biji kopi ini mempunyai satu lapisan yang keras. Apabila musang-musang ini memakan biji-biji kopi ini, ia menelan terus biji-biji kopi itu dan tidak mengigitnya. Jadi apabila ia keluar dari najis, lapisan luar itu masih ada. Biji biji yang diambil dari najis musang-musang ini kemudiannya akan melalui proses pembersihan dan lapisan luar kemudiannya akan dipecahkan untuk menghasilkan biji biji Kopi Luwak.

 

Jadi apa yang istimewa sangat dengan Kopi Luwak ni..?

Menurut penerangan yang diberikan oleh pegawai bertugas, musang-musang ini hanya akan memakan biji-biji kopi yang masak. Biji-biji kopi yang keluar dari musang-musang ini rendah kandungan kafein dan protein berbanding kopi-kopi biasa.

Ini disebabkan biji-biji kopi ini telah menjalani proses pencernaan oleh enzim yang terkandung dalam sistem pencernaan musang ini.

 

 

 

Hasilnya adalah kopi yang mempunyai rasa yang jauh lebih enak dan aroma yang lebih wangi.

 

 

 

Di Kopi Luwak Cikole ini anda akan dibawa melalui tempat di mana musang ini dibela dan juga tempat pemprosesan biji biji kopi tersebut. Cara-cara pemprosesan sehingga terjadi sebiji Kopi Luwak yang siap hendak dibungkus juga akan ditunjuk. 

 

                                  - Penerangan mengenai proses Kopi Luwak-

 

Bagi anak-anak yang tidak takut, mereka boleh mendukung seekor anak musang yang jinak. Anak-anak saya ni memang suka kat binatang. Bila diberi peluang, semua tak nak lepaskan peluang. Anak musang tu baik je, tak lari pun apabila didukung. Dan juga tak gigit..Setelah selesai mendapat penerangan, anda boleh berehat di 'cafe' untuk menikmati secawan Kopi Luwak.

 

 

 

 

 

 

Harga secawan Kopi Luwak adalah 50,000 Rupiah iaitu bersamaan RM15 secawan. Mengikut tuan kedai, secawan Kopi Luwak boleh dikongsi 3 orang kerana ia sangat pekat. Jadi saya pun beli satu cawan dan bila habis, hanya perlu ditambah air panas.

 

                                                      - Kopi Luwak yang siap dibancuh-

 

 

Rasanya?

 

Saya bukanlah pencinta kopi dan saya juga jarang-jarang minum kopi. Tapi berbanding dengan kopi yang saya pernah minum, Kopi Luwak ini rasanya sangat kuat dan baunya juga sangat wangi. Saya tak habis pun minum secawan Kopi Luwak kerana rasanya sangat kuat. Selamat saya hanya beli secawan. 

 

Saya dimaklumkan, Kopi Luwak ini tidak dijual diluar bandung. Jika anda inginkan sepaket Kopi Luwak anda perlu datang ke Bandung untuk mendapatkannya. Ini disebabkan tidak banyak biji Kopi Luwak dapat dihasilkan dalam sehari kerana ia bergantung pada musang musang yang dibela.

 

Jadi, itulah dia salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Lembang Bandung. Dalam entri yang akan datang, saya akan menceritakan tempat-tempat lain yang boleh dilawati di Lembang, agar lawatan anda ke Bandung bersama anak-anak lebih bermakna.

 

Kalau anda memang suka melancong, anda boleh melancong secara percuma dengan Shaklee. Shaklee menawarkan trip melancong setiap tahun ke serata dunia bagi mereka yang layak. Jepun, Amerika dan Itali merupakan antara tempat-tempat yang boleh anda pergi jika anda menyertai Shaklee. Pakej pelancongan ini bertaraf 5 bintang tau.. Tambahan duit belanja pun diberi.

 

Berminat untuk menjana pendapatan sampingan dan melancong bertaraf 5 bintang? Hubungi saya segera..

 

Whatsap/call: 019.25.45.766

Add Fb: Nadia Abdul Kadir

 

 

Health is Wealth

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766