Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

Dr Nadia Food Review: Warong Pak Mat: Teh Tarik Madu & Sup Ikan

August 20, 2016

Haa.. sapa yang tak suka makan kan? Kalau jalan mana-mana mesti nak cari tempat makan yang best..


Minggu lepas saya ke Kota Bharu,Kelantan atas urusan keluarga. Suami pernah berkhidmat di HRPZ II suatu ketika dahulu dan pernah dibawa makan sup ikan dan teh tarik madu ais oleh rakan rakannya.


Jadi kami pun bercadang untuk makan di sana..Saya ni tak minat sangat makan sup ikan..

Yela..kalau tak pandai masak mesti hanyir..tapi sebab suami dah ajak so saya pun ikut la..

Belum cuba belum tahu kan?
 
Warong Pak Mat ni terletak di Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan, terletak di tepi sungai kelantan dan tidak jauh dari bandar. Boleh guna waze kalau nak cari tempat ini..


Kami sampai di sana pada tengah hari Jumaat. Disebabkan dah masuk waktu Zuhur jadi suami pun pergi solat dahulu. Ada masjid dalam 300 meter dari warong berkenaan.

 

 

 -Berjaya menyelamatkan baby Aisya setelah digomol oleh pekerja Pak Mat-

 

 

Masa kami sampai di Warong Pak Mat, orang tak ramai. Mungkin semua dah habis makan tengahari sebelum solat Jumaat kut.

 

Warong Pak Mat ni bersih. Meja semua dilap bersih dan pekerjanya semua ramah dan mesra. Antara perkara yang saya tak suka bila pergi kedai makan ialah pekerja yang tidak mesra. Lagi-lagi kalau kita nak order tapi buat macam kita ni tak wujud. Padahal kita nak bagi dia duit. Kalau dapat kedai yang nak kena panggil berkali kali hanya nak buat pesanan, memang saya tak pergi dah la kedai macam tu. 

 

Kalau nak order kat Warong Pak Mat ini kita perlu ke kaunter dia. Sini kita boleh pilih bahagian ikan apa yang kita nak. Malangnya, masa saya nak order, yang tinggal kepala ikan saje. Yang lain semua dah habis disapu orang lain. Kepala ikan pun kepala ikan la..Harga akan terus diberitahu bila kita nak ambil ikan. Harga kepala ikan saya dicampur dengan daging adalah RM80. Mahal sebab kepala kut..

 

Lepas tu kita boleh pilih lauk lauk sampingan yang kita nak. Saya ambul telur goreng dan daging goreng.

 

 

 

 

Air? Sudah tentu saya order TEH TARIK MADU PAK MAT. Saya pernah minum teh tarik madu di kuala terengganu tapi yang ini memang sedap. Mungkin madu yang digunakan berbeza. 

 

                -Saya minum dulu ye?-

 


Air TEH TARIK MADU PAK MAT ni memang la manis. Tapi manis dia manis madu. Buih yang keluar memang banyak. Makan buih dulu sebelum minum air..Tak salah saya harga satu gelas RM4.50..

 

 

     -7 gelas teh tarik madu..-

 

 

 -Memang sedap..-

 

 

 -Tu dia..melimpah-limpah buih..Macam teh tarik float pulak..-

 

 

Sup ikan ni memang sedap. Anak-anak saya sampai hirup kuah dia. Ikan tak rasa hanyir pun. Sup ikan kami tak pedas mana..bagi mereka yang minat pedas boleh mintak tambah cili padi..Adunan rempah ratus memang terbaik. The best sup ikan setakat ni..Kalau ada tempat lain yang sedap, bagitahu la saya ye di ruangan komen!


Masa nak bayar je, pekerja syorkan kami cuba 'AIS KRIM TEH MADU PAK MAT'. Suami saya ni memang peminat ais krim. Satu scoop RM5, tiga scoop RM12. Saya ambil 3 scoop sebab ramai yang nak rasa. Nanti ambil satu scoop tak cukup pula.

 

 -Yang kat atas sekali tu ais krim tongkat Ali..pekerja bagi free..(husband saya makan yang tu)-

 

 

AIS KRIM TEH MADU ni agak manis. Manis tapi sedap. Kalau ada kencing manis, mesti melambung naik bacaan gula.

 

AMARAN!!

Sesiapa yang ada kencing manis, sila jangan lupa makan ubat ye?

 

Makan tu makan juga..Tapi supplement jangan lupa..
Saya biasa amalkan mengambil Phytocol, Omega 3 dan Lecithin bagi membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan.

 

 

 

 

Phytocol berfungsi mencegah kolesterol masuk ke dalam badan. Ia seakan membentuk satu lapisan di dinding usus kita bagi mengelakkan kolesterol dari memasuki salur darah.Jadi kolesterol ni dihalang dari mula lagi.

 

Bukannya dah masuk darah baru nak cuba singkirkan. Phytocol ni bukanlah menghalang 100% kolesterol dari memasuki darah. Oleh sebab itu, saya makan juga omega 3 dan lecithin

 

Omega 3 dan Lecithin pula membantu menurunkan kolesterol yang terdapat dalam badan kita.

 

 

 

 

Nak enjoy makan tapi kesihatan juga mesti dijaga..

Ok..itu review saya untuk Warong Pak Mat Teh Tarik Madu dan Sup Ikan. Saya syorkan sesiapa yang belum pernah makan boleh pergi ke sana. Terutama sekali untuk rasa teh tarik madu dia

 

Sesiapa yang hendak membeli Phytocol, Omega 3 dan Lecithin, boleh hubungi saya.

InsyaAllah saya akan mengajar cara terbaik untuk mengambil supplement ini.
Sehingga ke post yang lain..
Assalamualaikum..

 

 

*DR NADIA FOOD REVIEW*

 

KEBERSIHAN: 4/5
SIKAP PEKERJA: 4/5
MASA PENYIAPAN MAKANAN: 5/5
HARGA: 3/5

RECOMENDED: YES

 

 

 

Whatsap/call: 019.25.45.766

Add FB: Nadia Abdul Kadir

 


Health is Wealth

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

© 2016 by N.A.K.