8 Golongan Yang Berisiko Mendapat Angin Ahmar aka Stroke
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Apa khabar anda hari ini?
Hari ni saya akan berkongsi info berkenaan strok...
Statistik kejadian strok di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Jadi wajar kita tahu apa risiko mendapat strok agar kita dapat mengelak
STROK a.k.a ANGIN AHMAR
Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.
(video kredit KKM)
---------------------
Siapakah Yang Berisiko?
---------------------
Beberapa faktor berlainan meningkatkan risiko strok, termasuk:
➡ Hipertensi
Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat. Ini merosakkan dinding-dinding arteri.
➡ Diet
Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri.
➡ Kencing Manis (Diabetes)
Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan arterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok.
➡ Pernah mengalami TIA.(Transient Ischemic Attack)
Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya.TIA ini adalah seperti strok kecil. Mempunyai simptom strok tetapi sembuh dalam masa sehari.
➡ Fibrilasi atrium
Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak.
➡ Merokok
Ini mempunyai berbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi.
➡ Alkohol
Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukuan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah.
➡ Sesetengah jenis pil perancang keluarga
Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Ini juga boleh menaikkan tekanan darah.
ANDA BERISIKO??
CEGAH SEBELUM KENA.
Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mendapat strok dan ingin membantu mereka agar cepat sembuh, saya ada satu RAHSIA yang hendak dikongsi...
Tapi saya akan dedahkan RAHSIA itu dalam entri yang akan datang...
Tunggu ya..
Health is Wealth