Stok Susu Ibu - Berapa Lama Perlu Pam?

Ramai yang bertanya kepada saya..
Berapa lama satu sesi pam? Macam saya, setiap 1 sesi saya akan pastikan saya pam minimum selama 30 MINIT. Tak kisah la dah tak keluar susu pun. Pam je sampai 30 minit. Kenapa? Sebab setiap sesi pam, kita kena pastikan payudara kita betul-betul kosong. Itu aim kita. Sesi pam yang betul-betul efektif mengosongkan payudara akan menghasilkan susu yang lagi banyak. InsyaAllah. Ada ibu-ibu yang berhenti selepas 10 minit, 15 minit pam sebab tengok dah tak keluar susu kan? Nasihat saya, JANGAN BERHENTI. Teruskan sampai 30 minit. Boleh ke boleh? Saya doakan perjalanan penyusuan kita semua dipermudahkan olehNya. Amin.
Health is Wealth