Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

4 Cara Terbaik Pengambilan Zat Besi Untuk Ibu Mengandung

August 12, 2016

'Saya dah makan vitamin klinik bagi, makan bayam, makan macam-macam.. Tapi Hb tak naik-naik jugak.' 

'Saya takut kena cucuk iron..'

Siapa ada pengalaman di atas? 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah anaemia (kurang sel darah merah) memang kerap berlaku terutama untuk ibu-ibu yang hamil macam saya ni. 


Lebih-lebih lagi, kalau jarak kelahiran anak-anak tu rapat-rapat (macam setahun seorang ke). Ibu itu lagi berisiko tinggi untuk mendapat anaemia. 

Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan ibu-ibu yang mengalami masalah rendah Hb ni, diorang bukan tak makan vitamin (sama ada yang dibekalkan oleh klinik atau yang beli sendiri) tapi iron yang diorang makan ni, tak diserap dengan optimum. Pendek kata, macam tak makan jugak la kan? 

Jadi, hari ni saya nak share 4 CARA TERBAIK PENGAMBILAN IRON yang betul, agar kadar penyerapannya lebih optimum.

 

No 1

 


Iron (Zat Besi) paling berkesan diserap semasa perut kosong. Paling bagus bangun-bangun tidur terus telan. Tapi, ramai yang tak boleh amik waktu ni sebab rasa mual dan loya. Lebih-lebih lagi di saat awal kehamilan. 


Untuk ibu-ibu yang tak boleh telan waktu perut kosong, disarankan mengambil sarapan dahulu sedikit. Jarakkan selama 30-45 minit selepas sarapan dengan pengambilan iron. 

 


No 2

 


Iron disarankan diambil dengan buahan yang tinggi Vitamin C seperti oren, mangga dan epal. Vitamin C merupakan vitamin terbaik untuk penyerapan iron. Disarankan juga ambil sekali dengan supplemen vitamin C. Macam saya, saya akan ambil 2 biji vitalea (multivitamin with iron) bersama-sama 2 biji vitamin C sustained release Shaklee. Banyak kelebihan ambil Vitamin C sustained release ini. Antaranya bekalan Vitamin C akan dilepaskan sedikit demi sedikit dalam badan. Hasilnya, bekalan Vitamin C yang diperlukan oleh badan dipenuhi sepanjang hari. Tak perlu lagi telan Vitamin C 3 atau 4 kali sehari!! 



No 3

 

 

Sekiranya ibu-ibu mengambil susu atau produk tenusu seperti yoghurt, selepas 30-45 minit kemudian baru lah makan supplemen iron. Ini kerana segelas susu boleh mengurangkan kadar penyerapan iron sebanyak 50%!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


No 4

 

 


Elakkan minum teh dan minuman berkarbonat. Ini kerana, tanin acid di dalam teh dan phosphate dalam minuman bergas akan bergabung dengan iron dan seterusnya menghalang penyerapannya.

Antara makanan dan vitamins lain yang menganggu penyerapan iron ialah:
-----------------------------

✔ Cereals, grains, lagumes

✔ protien telur (telur putih&kuning)

✔ kopi

✔ kalsium, magnesium, zink dan copper

✔ koko

✔ makanan yang tinggi fiber

✔ herba - peppermint & chamomile

Semua makanan di atas bukannya tidak boleh diambil, tetapi dinasihatkan untuk dijarakkan pengambilannya. 

 

Moga info ini memberi manfaat kepada semua pembaca..

 

Health is Wealth

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

© 2016 by N.A.K.