Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

6 SEBAB MENGAPA WANITA HAMIL HARUS MAKAN BUAH NAGA

August 10, 2016

Siapa suka buah naga?

 

 



Saya masa hamil baru-baru ni kerap juga makan buah naga ni. Banyak manfaatnya untuk ibu-ibu yang sedang hamil. Ibu menyusu pun digalakkan makan.

Hari ini saya nak kongsi khasiat makan buah naga atau nama lainnya 'pitaya' tertama untuk ibu hamil.


1. Tingkatkan sistem pertahan badan.
Kandungan Vitamin C dalam buah naga ini amat baik sekali untuk tingkatkan immunisasi badan. Jadi, ibu-ibu hamil akan terhindar dari mudah mendapat jangkitan seperti demam, selsema dan batuk.

2. Tidak sembelit! 
Haa.. Ibu hamil ramai yang sembelit kan? Kandungan serat yang tinggi akan menggalakkan pergerakkan usus dan seterusnya melawaskan sistem penghadaman ibu hamil. Tiada sembelit, tiada buasir. 

3. Anti-bakteria dan Anti-kulat.
Amalan memakan buah naga insyaAllah boleh mengelakkan ibu hamil dijangkiti kuman bakteria dan juga jangkitan kulat yang boleh menyebabkan keputihan.

4. Kulit cantik. 
Selain tinggi vitamin C, buah naga juga mengandungi vitamin B yang tinggi. Oleh itu, ibu hamil bukan saja mendapat kulit yang sihat dan cantik, tapi juga dapat mengurangkan stress. 

5. Jantung yang sihat. ❤
Tahukah anda, biji buah naga mengandungi lemak baik yang membantu meningkatkan kandungan kolesterol baik (HDL) dalam badan. Oleh itu, ia dapat membantu menjaga kesihatan jantung kita. 

6. Berat badan maintain. 
Buah naga mengandungi protien. Pengambilan protien akan meningkatkan metabolisma badan yang seterusnya dapat membantu ibu hamil menjaga berat badan. Elok juga diamalkan terus semasa berpantang. 

Haa.. 
Dah tau khasiatnya kan? 
Jadi jangan tunggu lagi. Sila beli buah naga hari ini!

Blend dengan ESP pun sedap..

Semoga bermanfaat untuk semua.

 

Health is Wealth

 

 

 

 

 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

Ostematrix

Sumber Calcium Terbaik Anda

© 2016 by N.A.K.