Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

10 TIPS PENJAGAAN LUKA EPISIOTOMY

August 9, 2016

 

KHAS BUAT IBU BERSALIN SECARA SVD
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tips yang saya nak kongsi ini saya dapat dari makcik bidan yang mai mengurut saya masa berpantang dan saya campur jugak dengan sedikit pengetahuan yang saya ada.

Saya tak tahu rasa sakit episiotomy/koyakan vagina tu macamana. Sebab kesemua anak saya lahir ikut tingkap. 
Tapi saya pasti ianya sakit dan sangat tidak selesa. Kan?

 

 



So, diharap perkongsian ini membantu ramai ibu berpantang dengan gembira. 
Ingat.. Mood ibu yang happy, akan membuatkan susu melimpah ruah. 

 

No 1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Selepas keluar dari labour room, ibu-ibu biasanya akan diberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ponstan (mefenamic acid). Saya galakkan untuk hari pertama itu, ibu-ibu mengambil ubat tahan sakit mengikut aturan. Ini kerana, bila sakit sedikit kurang, ibu akan mudah bergerak ke tandas dan sebagainya. Ingat, baring sahaja di katil selepas bersalin adalah tidak digalakkan.

 

 

 

No 2
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ibu boleh meletakkan ais pack di bahagian tersebut. Tujuannya untuk kurangkan bengkak dan sakit. Balut ais pack dengan towel dan letak di area episiotomy. Ingat, jangan lebih dari 15 minit. Buat 2-3 kali sehari.

 

No 3
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

 

 

Buat sitz bath. Apa ni? Sitz bath ini adalah kita duduk berendam dalam air. 

 

 

 

 

 


 

Makcik urut saya kata, 


- guna sebiji besen besar/kalau rumah ade bathtub, guna je bathtub. 


- rebus daun sireh + daun pegaga atau daun sireh + manjakani bersama 3 sudu besar garam kasar. 


- masukkan dalam besen/bathtub (adjust tahap kepanasan air rebusan)


- duduk dalam air tersebut selama 15-20 minit



Buat 2 kali sehari untuk luka lebih cepat sembuh.

 

 

No 4

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Anginkan bahagian luka. Boleh letak kipas yer ibu-ibu. 

 

 

No 5
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keringkan luka selepas mandi atau ke tandas.

 

 

No 6

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan sapu apa-apa ubat atau minyak. Boleh guna ubat luka yang dibekalkan oleh hospital, tetapi tidak digalakkan pakai berterusan. Eloknya pakai dalam 5-7 hari sahaja.

 

 

No 7

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Elakkan sembelit. Minum air dengan cukup, makan buah dan sayur untuk memberi serat kepada badan. Macam saya, saya amalkan 4 biji ostematrix sebelum tidur. Memang tak sembelit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No 8

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk kurangkan rasa sakit semasa buang air besar, ibu boleh guna pad untuk tekan lembut pada bahagian jahitan.

 

 

No 9

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Makan makanan seimbang dan vitamins untuk sembuhkan luka dengan cepat. Ibu boleh amik vitamin c, multivitamin, b complex dan juga zinc complex. Semua vitamin ini membantu proses penyembuhan luka dalaman dan luaran. Saya secara peribadinya mengamalkan set berpantang shaklee. 

 

 

No 10

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya, buat senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot vagina dan pelvic. Cara untuk membuat senaman kegel ini adalah dengan cara mengemut otot-otot vagina dan pelvis. Senaman ini adalah seperti anda hendak menahan air kencing cuma ia dilakukan berulang kali.

Jadi, itulah dia 10 tips penjagaan luka episiotomy.

Semoga maklumat ini dapat membantu para para ibu yang baru sahaja bersalin..

Jangan lupa subscribe ke newletter saya..

 

Health is Wealth

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

Ostematrix

Sumber Calcium Terbaik Anda

© 2016 by N.A.K.