Follow Me
Tag Cloud
  • Facebook Basic Black

Seorang doktor dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman menyusu anak sendiri sehingga 2 tahun, saya...

1 Cara Power Untuk Boost Susu Ibu

August 5, 2016

Alhamdulillah..


Ini rezeki baby A'isya pagi tadi. 

Saya suka buat
tandem pumping. 

Sebab bagi saya tandem pumping ini menjimatkan banyak masa saya untuk mengumpul stok susu ibu (EBM) semasa dalam pantang. 

Selain itu, ianya juga memberi ruang kepada saya untuk sedikit berehat.

 

 



Apa itu TANDEM PUMPING?


 

TANDEM PUMPING adalah teknik mengepam di mana ibu-ibu mengepam dan pada masa yang sama menyusukan bayi secara direct feeding.
Maksudnya bayi menyusu payudara sebelah kanan, ibu pam payudara sebelah kiri atau sebaliknya.

Ibu boleh menggunakan pam elektrik atau manual semasa proses ini. Walaubagaimanapun saya lebih syorkan pam elektrik/bateri kerana ibu tidak perlu susah-susah untuk mengepam manual.

Teknik ini sesuai digunakan bagi ibu yang ingin membuat stok susu ibu (EBM -express breast milk) dengan segera.

Contoh saya bagi seperti di bawah


Langkah 1
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk penyusuan yang pertama di waktu pagi, contohnya baby menyusu pada pukul 6am. Susui bayi pada sebelah payudara (contoh sebelah kanan) dan pada masa yang sama, pam payudara sebelah lagi (contoh sebelah kiri)

Setelah baby selesai minum, tukarkan baby ke payudara yang dipam tadi (kiri) dan pam payudara kanan. Teruskan sehingga 10-15 minit. 

Hasil yang diperolehi dari sesi ini, disimpan sebagai stok EBM. 


Langkah 2
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk sessi ke 2 pada pagi itu, susukan baby seperti biasa tetapi JANGAN lakukan tandem pumping pada sesi ini.

Tetapi, sekiranya ibu memerlukan bekalan stok susu ibu dengan segera, boleh ulangi LANGKAH 1 untuk sesi yang ke 3 pada hari tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                     picture taken from www.snugabell.com



Macam saya, saya suka buat tandem pumping pada waktu tengah malam menghala ke subuh. Sebab waktu ini susu ibu memang banyak. 😊

Tetapi, ibu akan berasa sedikit penat kerana perlu bangun dan duduk untuk menyusu dan mengepam. Tak leh la nak pam secara baring. Ye tak? 

Saya selalu pikir alangkah syoknya jika ada pam yang direka untuk mengepam masa baring. 

Untuk bagi ibu-ibu lebih bertenaga dan tidak penat, saya sangat syorkan ibu-ibu mengambil vitamins ibu menyusu dan bukan hanya fokus pada milk booster semata-mata. 

 

Vitamins ini bukan sahaja membantu menambahkan susu ibu tetapi ia juga menyebabkan susu ibu menjadi lebih pekat dan ibu juga lebih bertenaga untuk mengepam.

 

Perlu ingat bahawa jika badan terlalu letih, sudah tentu jumlah amount susu ibu yang dapat dipam akan berkurangan ataupun sedikit.

Ok, semoga bermanfaat untuk semua pembaca. Di entri yang lain, saya akan bercerita apa vitamins yang saya ambil dan saya syorkan para ibu juga ambil bagi membantu menambahkan jumlah susu ibu yang dapat disimpan.

 

Health is Wealth

 

 

 

 


 

Please reload

Categories
About  me..

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

Ostematrix

Sumber Calcium Terbaik Anda

© 2016 by N.A.K.