Appendix tu apa doktor?

Appendix merupakan sebahagian daripada usus besar di mana kegunaannya di dalam manusia tidak diketahui. Ramai para saintis menganggap  appendix ini tiada kegunaan dalam badan manusia. Namun kajian terbaru mendapati appendix menyimpan bakteria baik di mana bakteria ini akan dikeluarkan semula selepas kita sembuh dari cirit birit yang teruk.

 

Penyakit appendix ni keturunan ke?

Appendicitis atau radang appendix tiada kaitan dengan keturunan.

 

Siapa yang biasa kena appendicitis?

Semua golongan umur boleh dapat appendicitis.

 

Anak saya suka makan pedas doktor,sebab tu dia kena appendix.

Tiada kajian menunjukkan orang suka makan pedas lebih kerap atau cenderung kena appendicitis. Jika teori itu benar,maka orang negeri sembilan paling ramai la kena appendicitis kan? Ramai yang menganggap biji biji cili akan masuk ke dalam appendix dan menyebabkan ia radang. Harus diingat, apa apa yang kita makan bila sampai ke usus besar berada dalam bentuk separa pejal.

 

Jadi apa yang menyebabkan berlakunya appendicitis doktor?

Ada 2 teori

  1. Tahi yang separa pejal termasuk ke dalam saluran appendix dan tidak dapat dikeluarkan. Tahi ini dipanggil ‘faecolith’. Faecolith ini menyebabkan pembiakan bakteria dan seterusnya keradangan appendix

  2. Untuk golongan berumur, disebabkan penyakit darah tinggi dan kencing manis,saluran darah ke appendix itu terganggu menyebabkan appendix itu mati dan seterusnya dijangkiti kuman.

 

Macam mana doktor tahu pesakit itu ada appendicitis?

Cara doktor mengesahkan appendicitis adalah melalui cara klinikal. Ini bermaksud kami akan bertanya simptom simptom seperti loya,muntah,demam,cirit,kerap kencing dan seterusnya melakukan pemeriksaan. Radang appendix akan menyebabkan sakit itu di bahagian bawah kanan perut. Sekiranya semua atau sebahagian simptom ini ada, maka kebarangkalian ada penyakit appendicitis adalah 90%.

 

Apa? 90% je doktor? Tak confirm ke? Tak nak scan ke?

Kalau guna CT scan ke atau ultrasound ke pun tak dapat confirmkan penyakit appendicitis. Ia boleh memberi gambaran bahawa appendix itu bengkak dan sebagainya namun masih tidak dapat mengatakan 100% confirm appendicitis. Jadi secara klinikal memberi kebarangkalian 90% sudah cukup bagus. 10% lagi berkemungkinan masalah lain seperti cacing atau untuk wanita, cyst di ovari sebagai punca sakit.

 

Kalau appendix itu normal?

Buang juga agar di masa hadapan tidak mendatangkan masalah atau doktor keliru pesakit telah buang appendix atau tidak kerana luka di sebelah kanan bawah menandakan appendix seseorang itu telah dibuang.

 

Apa komplikasi buat pembedahan appendix?

Semua pembedahan ada komplikasi namun peratusan untuk berlaku sangat rendah. Antara yang  oleh berlaku adalah

  • Pendarahan

  • Jangkitan kuman

  • Stump blowout iaitu najis keluar melalui tempat appendix dibuang dan keluar ke luka di perut

  • Adhesion colic

 

Kalau tak operate boleh doktor? Nak antibiotiks sahaja..

Apabila antibiotiks diberi,kebiasaanya pesakit akan merasakan sakit itu kurang. Tapi kebiasaannya ia adalah sementara. Ada yang sakit datang balik dalam masa seminggu..ada sebulan...ada dua bulan...ada setahun...tak tentu..Rawatan yang perlu untuk appendicitis adalah pembedahan.

 

Anak saya telah menjalani pembedahan appendix..tapi sampai sekarang selalu mengadu sakit di parut pembedahan. Kenapa ye doktor?

Keadaan ini dinamakan adhesion colic. Ia berlaku disebabkan usus melekat di bahagian dalam parut. Keadaan ini menyebabkan pergerakan usus terbatas dan pesakit merasa sakit. Tidak semua yang menjalani pembedahan appendix akan berdepan masalah ini. Saya gambarkan masalah ini lebih kepada bagaimana badan seseorang bertindak terhadap sesuatu luka. Sebagai contoh, ramai yang dicucuk BCG di lengan kan? Ada yang mempunyai parut BCG yang kecil sahaja dan ada yang parut sangat besar. Jadi samalah dengan pembedahan di tempat lain. Malangnya kami tidak tahu siapa yang akan kena adhesion colic dan siapa tidak.

 

Kalau terkena komplikasi adhesion colic..apa yang boleh dibuat doktor?

Kebiasaannya ubat tahan sakit akan diberikan kepada pesakit. Jika sakit itu sangat kuat dan tidak dapat dikawal dengan ubat tahan sakit maka boleh mencuba untuk membuang bahagian yang melekat itu dengan pembedahan. Pembedahan ini akan dilakukan dengan mengunakan kamera.

 

Saranan saya agar mana mana pesakit yang menjalani pembedahan, jangan diambil ikan haruan atau gamat kerana boleh menyebabkan berlakunya masalah usus melekat. Lebih selamat mengambil supplemen yang dapat membantu dalam penyembuhan luka.

 

Hubungi saya untuk mendapatkan supplement anda..

 

Anda mempunyai soalan? Hantarkan soalan anda kepada kami dan kami akan cuba menjawab soalan anda.

Health is Wealth

Soal Jawab Appendicitis

Nadia Abdul Kadir ID 1003195

019.254.5766

Categories
About  me..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.

Sebagai pengenalan, nama saya ialah Nadia bt Abdul Kadir, bekerja sebagai

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

Share this post

LECITHIN

BUY 1 FREE 1

Fabulous March

 PROMO

2017 

© 2016 by N.A.K.